FAQ Qurban care For Ummah (QC4U) - English

A: QC4U offers 2 types of qurban and sharing of blessings:
A. Cow Qurban. The cow qurban will be slaughtered in Kota Tinggi, Johor, Malaysia. The qurban meat will then be cooked and packaged for immediate consumption. The distribution of the qurban packages includes both domestic and international locations.
B. Goat Qurban. The goat qurban will be slaughtered in Ethiopia and the raw meat will be distributed to famine families in Ethiopia.
C. Meat Sharing. A platform for sharing blessings as below as RM15 only, where this amount can produce 1 qurban package which will then be gifted to eligible beneficiaries.

Will participants receive the qurban if they join QC4U?
Yes, only participants of the QC4U Malaysia will receive the qurban meat in ready-to-eat (RTE) packaged form, which comes in various types. 1 portion of cow qurban will produce a total of 33 qurban packages (300g/package), where ⅓, which is 11 packages, will be returned to the participant, and the remaining 22 packages will be distributed to eligible beneficiaries.

Why is the price of QC4U qurban higher?
QC4U offers a more affordable price due to the innovative concept of the latest qurban package and provides various types of qurban packages that can last up to 2 years. The qurban price only covers the cost of the cow, operational costs, and delivery costs, while the production cost of the qurban package is not included in the qurban price. Therefore, QC4U offers a more affordable price with the latest innovative concept.

Can qurban meat be distributed ready to cook?
Referring to the Mufti of the Federal Territory Office, it is stated that qurban meat is not obligatory to be distributed raw, as distributing it raw is following the Sunnah of the Prophet Muhammad (peace be upon him). Therefore, the distribution of cooked qurban meat is valid from an Islamic perspective."
Reference: Q&A Mufti Wilayah_Hukum Edaran Daging Qurban Yang Sudah Dimasak

How is the distribution of QC4U qurban meat?
The distribution of qurban packages is done according to the recommendations in qurban worship. That is, ⅓ of the portion is given to the qurban participant, ⅓ of the portion will be distributed to the needy and the poor, and ⅓ of the portion will be shared with the community / through MyFundAction the qurban package becomes food in times of emergency where it will be distributed during disasters domestically and internationally.

When will participants receive their portion of the qurban?
The qurban packages will be ready and delivered to MyFundAction 2 months after the slaughter date. Subsequently, the qurban packages will be arranged in QC4U boxes according to the quantity of each qurban participant along with physical certificates within 1-2 weeks. Then, the QC4U boxes will be sent to all participants according to their respective states. Representatives/volunteers from MyFundAction will deliver the boxes to states such as Selangor, Kuala Lumpur, and Putrajaya, while QC4U participant boxes in other states will be posted by courier.

Where will the qurban packages be distributed?
The qurban packages (RTE) will be distributed with 70% within the country and 30% will be allocated outside the country. The distribution of qurban packages will cover several categories as follows:
- Local beneficiaries every month
- Serving as the main food during emergencies such as floods, and landslides within the country
- Beneficiaries, impoverished individuals outside the country such as in Yemen, Syria, Africa
- Victims in war-torn countries like Palestine
- Communities/societies in Malaysia, such as mosque communities, and others."

Why does it take a long time for the qurban packages to be ready?
This is because, after the slaughter, the meat and bones are promptly stored in a freezer to ensure their quality. One week after 4 days of Aidiladha and Tashriq, the qurban meats are separated from the bones (deboning process) and cut into appropriate sizes. The activity of the deboning process requires a minimum period of 2 weeks due to the large number of meat. Subsequently, the qurban meat is sent to a food manufacturing factory for cooking, weighing, retorting, and packaging processes. This activity takes 3 - 4 weeks due to the large quantity of packages produced.

Can participants choose the flavor of the qurban package?
No, it is not feasible. The production quantity of each type of qurban pack is not equal, making it difficult for the management to distribute according to individual requests due to a large number of participants. Therefore, the management will distribute an equal quantity of each type of pack to all qurban participants in Malaysia.

Why do I need to fill up the address field since I will not receive any of it?
It is a required field in the system. You may enter 'None' if you do not want to make your address private.

How to check the payment status of the QC4U Qurban Savings Plan?
You can directly contact the MyFundAction representative at +6014-3661836 (Admin QC4U) to inquire about the status of your QC4U Savings Plan.




FAQ Qurban care For Ummah (QC4U) - Bahasa melayu


Bilakah tempoh masa qurban QC4U?
Penyembelihan akan qurban QC4U akan dijalankan pada AidilAdha dan hari tasyriq, iaitu 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Apakah pakej yang ditawarkan dalam projek QC4U?
QC4U menawarkan 2 jenis qurban dan kongsi rezeki iaitu:-
A. Qurban lembu. Qurban lembu yang dijalankan penyembelihannya di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Daging qurban kemudiannya dimasak dan dijadikan sebagai pek sedia dimakan. Edaran pek qurban tersebut meliputi di dalam dan di luar negara
B. Qurban kambing. Qurban kambing yang akan dijalankan penyembelihan di Ethiopia dan edaran daging mentah kepada keluarga asnaf miskin sekitar Ethiopia
C. Kongsi daging. Platform untuk berkongsi rezeki serendah RM15, di mana RM15 ini dapat menghasilkan 1 pek qurban yang kemudiannya akan dihadiahkan kepada penerima manfaat yang layak

Adakah peserta qurban akan dapat daging jika menyertai qurban QC4U?
Ya. Hanya peserta qurban QC4U Malaysia akan menerima daging qurban dalam bentuk pek sedia di makan (RTE) yang mempunyai pelbagai jenis. 1 bahagian lembu akan menghasilkan sebanyak 33 pek qurban (300g/pek), ⅓ iaitu 11 pek akan dipulangkan kepada peserta, selebihnya 22 pek akan diedarkan kepada penerima manfaat yang layak.

Kenapa harga qurban QC4U lebih mahal?
QC4U menawarkan harga yang lebih berpatutan kerana konsep inovasi pek qurban yang terbaharu serta menyediakan pek qurban yang pelbagai jenis dan tahan lama sehingga 2 tahun. Harga qurban hanyalah merangkumi kos lembu, kos operasi dan kos penghantaran, manakala kos penghasilan pek qurban tidak termasuk dalam harga qurban. Oleh itu, harga QC4U adalah lebih berpatutan dengan tawaran konsep inovasi terkini.

Boleh ke daging qurban diedarkan secara siap dimasak?
Boleh, merujuk daripada Jabatan Agama Mufti Wilayah menyatakan pendapat daging qurban tidak wajib diedarkan secara mentah, kerana edaran secara mentah adalah sunnah rasulullah saw. Oleh itu, edaran daging qurban yang dah dimasak adalah sah di sisi islam.
Rujukan: Q&A Mufti Wilayah_Hukum Edaran Daging Qurban Yang Sudah Dimasak

Bagaimana pembahagian daging qurban QC4U?
Pembahagian pek qurban dibuat mengikut saranan dalam ibadah qurban. Iaitu ⅓ bahagian diberikan kepada peserta qurban, ⅓ bahagian akan diedarkan kepada asnaf dan fakir miskin, ⅓ bahagian akan dikongsi bersama komuniti masyarakat / di MyFundAction pek qurban menjadi makanan ketika berlaku kecemasan di mana ianya akan diedarkan ketika bencana di dalam dan luar negara.

Bilakah bahagian qurban peserta qurban akan dapat?
Pek qurban mula siap dan dihantar pada MyFundAction adalah 2 bulan selepas tarikh penyembelihan. Kemudian, pek qurban akan mula disusun dalam kotak QC4U mengikut jumlah setiap peserta qurban beserta sijil fizikal dalam tempoh 1-2 minggu. Kemudian kotak QC4U akan mula dihantar kepada semua peserta mengikut negeri. Negeri-negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dihantar oleh wakil / sukarelawan MyFundAction, manakala kotak QC4U peserta di negeri lain akan di poskan.

Dimanakah pek qurban akan diedarkan?
Pek qurban akan diedarkan 70% di dalam negara manakala 30% akan diagihkan di luar negara. Pek qurban diedarkan pada beberapa kategori dibawah:-
Asnaf di dalam negara setiap bulan
Menjadi makanan utama ketika kecemasan seperti bencana banjir, tanah runtuh di dalam negara.
Asnaf, fakir miskin di luar negara seperti di negara Yaman, Syria, Afrika
Mangsa di negara dibawah kondisi peperangan seperti Palestin
Komuniti / masyarakat di Malaysia, seperti komuniti masjid dan sebagainya

Kenapa pek qurban ambil masa lama untuk siap?
Hal ini kerana, selepas penyembelihan daging dan tulang tersebut disimpan secepatnya dalam peti sejuk beku untuk memastikan kualitinya. Seminggu selepas 4 hari Aidiladha dan hari tashriq, daging-daging qurban mula diasingkan daripada tulang dan dipotong mengikut saiz yang sesuai. Aktiviti mengasingkan daging qurban memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 2 minggu kerana jumlah binatang qurban yang banyak. Kemudian, daging tersebut dihantar ke kilang pembuatan makanan untuk proses memasak, menimbang, retort dan pembungkusan. Aktiviti ini memerlukan tempoh masa 3 - 4 minggu kerana jumlah pek yang dihasilkan adalah besar.

Boleh pilih ke perisa pek qurban?
Tidak boleh. Jumlah penghasilan pek qurban setiap jenis adalah tidak sama jumlahnya, agak sukar untuk pihak pengurusan membuat pembahagian mengikut permintaan peserta kerana jumlah peserta yang ramai. Oleh itu, pihak pengurusan akan bahagikan jumlah yang sama bagi setiap jenis pek kepada semua peserta qurban Malaysia.


Kenapa says perlu isi alamat, jika saya hanya ikut serta kongsi rezeki pek qurban?
Ia adalah ruangan yang wajib diisi seperti yang telah ditetapkan di dalam sistem. Anda boleh masukkan 'None' jika anda mahu menjadikan alamat anda peribadi.

Bagaimana nak tahu status pembayaran Pelan Simpanan qurban QC4U?
Anda boleh terus menghubungi wakil MyFundAction di talian +6014-3661836 (Admin QC4U) untuk mendapatkan maklumat status pembayaran Pelan Simpanan anda.